Wednesday, June 5, 2013

geli tekak

tengok primadona
topik :kawen campur

guest, Ning Baizura
then ada pak cik call

bagitau pendapat

"kawen campur ni kenalah akhlak orang islam jangan dilupakan " (lebih kurang macam tulah bunyinya)

*senyum sumbing*

Orang Melayu sama Melayu pun banyak akhlak yang tunggang langgang pak cik. Tak perlu tunggu kawen campur skalipun. Skang ni terbalik dah pun. Orang yang masuk islam tu pulak yang lebih ISLAMnya. heh.

geli.



...

...

aku
lemas

aku
rimas

ingin pulang.

tapi kemana?

sudah berantakan
sudah pecah
sudah hancur

gimana mau baikinya?


masih lagi cuba lari dari menjadi diri yang dulu

cuba

tapi gagal.

masih belum ada yang nampak apa di dalam
cuma nampak dari luar

yang tampak "baik-baik saja, dia kuat, dia bisa hidup dabik dada"

malangnya.






aku masih perempuan.

kamu perasan tidak?





...

Saturday, May 4, 2013

foods + books + fashion


3 benda di atas,
benda yang aku suka dalam hidup.
dan..
aku teringin nak ada semua tu..
dalam 1 bumbung.

insyaAllah.

macam yang aku jumpa kat google ni.
konsep macam ni yang aku suka.
kira macam 1 stop centre.





nah, ini linknya.




...

Thursday, May 2, 2013

recycle


aku rasa semua perempuan hadap benda yang sama.
mungkin jugak lelaki pun.

bila mana kawan kita mula jemput kita datang ke kenduri kawen dorang..
mulalah soalan cliche

"kau bila lagi?"
"kau bila nak kawen?"

heh. *2 tangan ke bahu*
nak je cakap..

"kang dah kawen bolehlah tanya soalan gitu, dulu kau tengok orang lain kawen pun kau kena tanya soalan yang sama dapat kau bagi jawapan?"

sayangnya..
ayat tu telan dalam2 je,
sambil sengih2 cakap "insyaAllah bila ada jodoh".

tapi aku dah jumpa penyelesaian untuk kawan2 takkan tanya soalan recycle macam ni dah.
dan aku dah cuba
dan berjaya! 





kahkahkahkah!

bila kawan asyik tanya bila aku nak kawen,
senang,

aku slumber cakap

"kau carikkan aku calon, ok?".


hahahahahah terdiam.
padan muka.

kawen tu bukan macam pegi pasar beli baju, pakai.
dah dengan perangai aku yang complicated ni memang susah lelaki nak faham.
dan aku malas nak terangkan pada yang tukang tanya aku nak bina kerjaya.
sebab nanti ada je jawapannya konon lepas kawen pun boleh bina kerjaya.


ya rite.
kasik can boleh?
kasi can aku nak lepak2 rilek2 dengan mak bapak.
sebab..

rasanya hayat aku dengan mak bapak kalau bandingnya dengan suami (insyaAllah kalau umur panjang) lama lagi dengan suami banding mak bapak. 

so..takyahlah sibuk2 nak tanya.
kalau nak aku cepat kawen jugak carikkan calon.
dah.
settle.

ah, 
tapi aku cakap mintak carikkan untuk tutup mulut kawan.
sebab aku bab2 kenen2 kan ni..tak berminat.
harap maklum.



...

Wednesday, May 1, 2013

jauh


dengan apa yang dah jadi malam tadi..
dengan rasa yang semua datang serentak..
dan cuaca miri yang seakan-akan Allah hadiahkan pada aku..

aku cuma mahu tenang.
nikmati cuaca yang dingin..
dan aku mahu pergi jauh.
jauh.

di tempat aku sorang saja tau.
dan cuma ada aku
sungai
sampan
dan pokok rendang cecah air.

dan lagu ni..
sememangnya buat aku pergi ke sana.
terima kasih.




...

Monday, April 29, 2013

doa


semoga mei
membuat aku bahagia.


aminn.

Friday, April 26, 2013

"selamat tinggal"


selamat tinggal..
untuk aku yang dulu.
yang asyik pandang belakang.
asyik ulang memandu di roundabout yang sama.
dengan perasaan yang sama.
dengan kisah yang sama.
dan tentunya..
dengan orang yang sama.

tidak.
bukan aku sudah benci,
atau tidak peduli.
aku cuma tidak mahu buang masa lagi..
dengan permainan hati.

fokus!
sudah sampai masa soal hati biarkan dahulu.
cita-cita, kejar, genggam.

"manusia pun perlu berkasih sayang" - aku yang dulu.

:)
kenapa mahu bazirkan masa dan kasih sayang kalau sudah tentunya Tuhan ada? bazir masa kalau tentunya tiada jodoh. kalau memang jodoh..tak perlulah bazir air mata dan masa. doa saja, Dia lebih tahu.



untuk awak rambut belah tepi..
terima kasih. :)
untuk semua.




...